It is currently 08 Jul 2015, 08:02

All times are UTC + 8 hours




 Page 1 of 6 [ 120 posts ]  Go to page 1, 2, 3, 4, 5, 6  Next
Author Message
 Post subject: Pancingan Tamok – Teknikal Dan Tektikalnya.
PostPosted: 16 May 2010, 05:07 
Gerepoh
Gerepoh

Joined: 09 May 2010, 15:36
Posts: 1932
Location: Bangkok-Hatyai-KL-Senggarang-JB-Pasir Gudang
Mungkin segelintir dari warga JFT telahpun mendahului dari yg lain memancing Tamok/Kedera/Loban, salah satu spesis dari keluarga Belanak ini. Walaupun spesis ini diketahui umum hanyalah dijadikan umpan hidup untuk memancing spesis bagak seperti Siakap, mahupun Pari, sebenarnya Tamok adalah salah satu sasaran pancingan utama khususnya pemancing di sekitar Johor terutamanya Johor Bahru yang memperjuangkan pancingan ultra ringan.

Image
Muara dan Sungai merupakan habitat Tamok yang paling banyak berbanding persisiran pantai.

Ada apa dengan Tamok?
Ia boleh dianggap sebagai salah satu teknik pancingan yang unik dengan penggunaan setnya, umpan, cara memujuk, dan tempat untuk menjejak spesis ini adalah banyak sebenarnya di Negeri Johor cuma mungkin disebabkan pendedahan media, ataupun pemancing sendiri yang hanya mensasarkan spesis terkenal seperti Siakap, Semilang di muara sungai menyebabkan spesis ini seolah tidak wujud.

Image
Ada yang berpendapat bahawa Tamok adalah belanak biasa semasa waktu 'kanak-kanak' dan bila besar ia akan bertukar menjadi Tamok, hal ini adalah salah walaupun ia dari spesis yang sama tetapi dari keluarga yang berlainan.

Image

Image
gambar diatas menunjukkan perbezaan antara Belanak dan juga Tamok yang begitu ketara kelainan bentuk badannya.

Dimanakah Tempat Habitat Tamok?
Kebiasaan spesis air masin ini menggemari kawasan sungai ataupun muara walaupun kerapkali ia dijumpai di persisiran pantai. Spesis yang boleh menjangkau berat 5 kg ini adalah sangat sensetif seperti sesetengah ikan yang lain kerana ia selalunya diserang hendap oleh pemangsa seperti siakap dan Alu-Alu.

Set Joran Dan Kekili Yang Sesuai?
Kebiasaan set pancingan Tamok yang saya perhatikan dari Team Tamok Anglers sendiri terdiri dari modifikasi joran pancingan layang/fly dari berkekuatan 4-6, 5-8, dan joran kekili mendatar/spinning dari kekuatan 4-10 hingga ke 6-15 sepanjang 7 hingga 9 kaki. Kenapa joran panjang digunakan? Adakala bila memancing di rakit, joran panjang diperlukan kerana Tamok juga adalah spesis ’main kotor’ dengan larian ke bawah rakit yang mengundang tali putus bergesel dengan teritip dan bila joran panjang digunakan risiko tali bergesel adalah kurang jika joran direndamkan kedalam air. Kenapa perlu joran yang lembut? Ia adalah kerana untuk mengurangkan kes rabut kerana Tamok mempunyai lapisan bibir nipis seperti Spesis Kap Rumput dan jika joran keras digunakan, drag ketat sudah tentulah peratus bibir Tamok koyak dan rabut adalah tinggi.
Kekili mendatar/spinning pula adalah ideal menggunakan saiz 1000 kerana lebih ringan, dan bila digabungkan dengan joran yang lembut berserta tali mono berkekuatan 10 paun kebawah, perlawanan bersama spesis ini lebih maksimum hingga ke tahap gigil.

Tali Pancing Yang Sesuai?
Tali mono yang berkekuatan 10 paun kebawah ataupun berdiameter 0.20mm kebawah adalah digalakkan dan tali sulam/braided tidaklah berapa baik digunakan. Kenapa? Ini adalah spesis ini juga boleh dikategorikan spesis celik dan peka dengan keadaan sekeliling, peratus untuk mendaratkan spesis ini adalah kurang jika dibandingkan dengan penggunaan tali mono.

Image
ikatan antara pelampung, timah pemberat, dan mata kail yang tidak menggunakan perambut sebaliknya ikatan terus tali utama.

Teknik?
Sememangnya teknik menggunakan pelampung adalah yang paling efektif untuk mengetahui getuan spesis ini kerana cara ia memakan umpan adalah terlalu perlahan dan diam dan adakalanya tidak dapat diketahui.

Umpan?
Roti sanwish (disyorkan Gardenia) adalah antara umpan yang paling efektif digunakan walaupun ia pernah didaratkan dengan menggunakan umpan Udang Pepai, hirisan ikan Selayang, mahupun Udang Kopek. Teknik merasuah dengan menabur roti untuk ’memanggil’ Tamok juga adalah penting dan cara menabur juga perlulah betul seperti merendam roti terlebih dahulu dan diramas sehingga hancur dan kemudiaannya roti ditabur di spot yang dipercayai laluan Tamok dan pastikan roti yang ditabur tenggelam dan bukannya hanyut kerana ia untuk membiarkan Tamok hanya berlegar disekitar kawasan yang ditabur roti sahaja. Umpan roti juga perlu direndam terlebih dahulu kerana roti yang telah direndam terlebih dahulu memberi kelebihan cangkukkan mata kail pada bibir Tamok berbanding roti kering.

Image
Salah satu teknik merendam roti selain dari teknik menabur roti yang boleh menjimatkan penggunaan kuantiti roti.

Image
Cara umpan roti dicangkukkan pada mata kail.

Image

Image
Asakan biasa bila terkena dengan Tamok.

Image

Image

Image
Lengkungan maksimum dengan penggunaan modifikasi joran layang/fly

Image
Tahap apungan pelampung. Pelampung buatan kreatif pemancing Tamok yang dicipta dengan hanya getah selipar terbuang, yang diasah menjadi lonjong tajam dan ditebuk ditengah untuk memasukkan batang tiub kapas korek telinga yang menjadikan pelampung ini boleh dilaraskan mengikut kedalaman air dengan bantuan simpulan penghenti ataupun getah penghenti/rubber stopper di tai utama.

Image

Image

Image

Image
Sifat degil dan daya juang yang tinggi kadang-kadang membuatkan pemancing yang memancing spesis ini menggigil lutut.

Image

Image
Berbaloi kalau berjemur tengah panas pun.

Image

Image

Image
Pernah dijumpai spesis ini di pasar dengan harga RM18 sekilogram!!

Jadi kepada mereka yang berminat, silalah bertandang dimana spot Tamok Anglers memancing, Tanjung Puteri pada setiap Isnin hingga jumaat mengikut waktu pejabat. Jom!!!



Offline
 Profile Send private message  
 
 Post subject: Re: Pancingan Tamok – Teknikal Dan Tektikalnya.
PostPosted: 16 May 2010, 07:02 
Toman
Toman
User avatar

Joined: 13 May 2010, 23:24
Posts: 641
Location: air tawar 4......
best2 ni....

bila nk ajokan?????



_________________
Image

......PELAN - PELAN KARAU......
Offline
 Profile Send private message  
 
 Post subject: Re: Pancingan Tamok – Teknikal Dan Tektikalnya.
PostPosted: 16 May 2010, 11:32 
Kelah
Kelah

Joined: 15 May 2010, 13:50
Posts: 100
munir_z wrote:
best2 ni....

bila nk ajokan?????


bro munir,

terus ke pejabat mereka di tanjung puteri.. b43


Offline
 Profile Send private message  
 
 Post subject: Re: Pancingan Tamok – Teknikal Dan Tektikalnya.
PostPosted: 16 May 2010, 13:23 
Toman
Toman
User avatar

Joined: 06 May 2010, 16:16
Posts: 642
Location: Kg Melayu Majidi Jb
bila nak pi nih Tuan... nak ikuttt.. kalau bleh weekdays.. cam best jek layan tamok nih...



_________________
Mati Itu Pasti

Image
Offline
 Profile Send private message  
 
 Post subject: Re: Pancingan Tamok – Teknikal Dan Tektikalnya.
PostPosted: 16 May 2010, 15:34 
Toman
Toman
User avatar

Joined: 13 May 2010, 23:24
Posts: 641
Location: air tawar 4......
PAKSI wrote:
munir_z wrote:
best2 ni....

bila nk ajokan?????


bro munir,

terus ke pejabat mereka di tanjung puteri.. b43


tg puteri pun tak tau kt mana!!!!!! :( :( :(



_________________
Image

......PELAN - PELAN KARAU......
Offline
 Profile Send private message  
 
 Post subject: Re: Pancingan Tamok – Teknikal Dan Tektikalnya.
PostPosted: 16 May 2010, 17:24 
Moderator
Moderator

Joined: 13 May 2010, 13:02
Posts: 1142
Location: Pasir Gudang
kelas menamok :p

bile bile

keh keh



_________________
"Whatever is begun in anger ends in shame." — Benjamin Franklin

Fish n Chips
Offline
 Profile Send private message  
 
 Post subject: Re: Pancingan Tamok – Teknikal Dan Tektikalnya.
PostPosted: 18 May 2010, 01:01 
Haruan
Haruan
User avatar

Joined: 13 May 2010, 15:17
Posts: 83
Location: JB Royal Batu Kapit
ptg td kwn pegi menamok..
tp kungpau.. naik belukang sekor jek..
esok return lg..


Offline
 Profile Send private message  
 
 Post subject: Re: Pancingan Tamok – Teknikal Dan Tektikalnya.
PostPosted: 18 May 2010, 01:15 
Toman
Toman
User avatar

Joined: 06 May 2010, 16:16
Posts: 642
Location: Kg Melayu Majidi Jb
lokasi ni dekat sungai lebam ka tuan? Ujang BoatHouse!



_________________
Mati Itu Pasti

Image
Offline
 Profile Send private message  
 
 Post subject: Re: Pancingan Tamok – Teknikal Dan Tektikalnya.
PostPosted: 18 May 2010, 02:15 
Belitong
Belitong
User avatar

Joined: 13 May 2010, 10:09
Posts: 671
hazwan wrote:
lokasi ni dekat sungai lebam ka tuan? Ujang BoatHouse!

ye betol....mcmsame je..
wow mohda...bile nak ajka kawan mancing tamok ni


Offline
 Profile Send private message  
 
 Post subject: Re: Pancingan Tamok – Teknikal Dan Tektikalnya.
PostPosted: 18 May 2010, 17:13 
Tenggiri
Tenggiri
User avatar

Joined: 14 May 2010, 15:33
Posts: 1295
Location: Skudai, Bandar Penawar....
hairie85 wrote:
hazwan wrote:
lokasi ni dekat sungai lebam ka tuan? Ujang BoatHouse!

ye betol....mcmsame je..
wow mohda...bile nak ajka kawan mancing tamok ni



kawan po nak jugak laaaa....hehehehehe...



_________________
"Biar kena sumpah jadi sesumpah, jangan kena sumpah jadi Kumpau"
kalo berani....0137203872......

Kumpau Caster
Offline
 Profile Send private message  
 
 Post subject: Re: Pancingan Tamok – Teknikal Dan Tektikalnya.
PostPosted: 18 May 2010, 23:36 
Haruan
Haruan
User avatar

Joined: 13 May 2010, 15:17
Posts: 83
Location: JB Royal Batu Kapit
arini xde rezeki la menamok..


Offline
 Profile Send private message  
 
 Post subject: Re: Pancingan Tamok – Teknikal Dan Tektikalnya.
PostPosted: 20 May 2010, 18:37 
Haruan
Haruan
User avatar

Joined: 13 May 2010, 20:02
Posts: 73
Location: Johor Bahru
tq..... tips yg menarik.... tips utk ikan si raja muara xder ker? SIAKAP????



_________________
Dari Jawa ke Tasik Chini,
Hei minggir2 wak datang ni.....
Offline
 Profile Send private message  
 
 Post subject: Re: Pancingan Tamok – Teknikal Dan Tektikalnya.
PostPosted: 20 May 2010, 18:44 
Siakap
Siakap
User avatar

Joined: 13 May 2010, 12:13
Posts: 309
ooo tamok bukan belanak ke... b24
ikan ni ada musim ke.. syok tu joran lengkung abis b41


Offline
 Profile Send private message  
 
 Post subject: Re: Pancingan Tamok – Teknikal Dan Tektikalnya.
PostPosted: 20 May 2010, 19:58 
Haruan
Haruan
User avatar

Joined: 19 May 2010, 18:33
Posts: 61
Location: Taman U, Skudai
rasa macam teringin je nak mengamok... b42



_________________
ImageTo bE HaPpY pEoPLe gO fIsHiNg...
Offline
 Profile Send private message  
 
 Post subject: Re: Pancingan Tamok – Teknikal Dan Tektikalnya.
PostPosted: 21 May 2010, 01:51 
Tenggiri
Tenggiri
User avatar

Joined: 14 May 2010, 15:33
Posts: 1295
Location: Skudai, Bandar Penawar....
mudim wrote:
rasa macam teringin je nak mengamok... b42

jangan mengamok,,,hehehehe....



_________________
"Biar kena sumpah jadi sesumpah, jangan kena sumpah jadi Kumpau"
kalo berani....0137203872......

Kumpau Caster
Offline
 Profile Send private message  
 
 Post subject: Re: Pancingan Tamok – Teknikal Dan Tektikalnya.
PostPosted: 21 May 2010, 09:10 
Loyal Members
Loyal Members
User avatar

Joined: 09 May 2010, 18:29
Posts: 1532
Location: Bersama Keluarga Yang Tercinta
Soalan bonus utk Tetuan Mohdaa :

Saya telah memiliki set ultra ringan ini dan mengandingkan set ini dgn sebuah kekili daiwa zaman batu bersama mainline mono berkekuatan 8lb. Soalan saya adalah,
1. Dari mainline 8lb seterusnya ke pelampung torpedo dan ke pemberat seterusnya ke mata kail, memang takde perambut digunakan ke?
2. Ideal tak sekiranya saya menggunakan batu kepit bulat sebagai pemberat?

Sekian soalan saya. Harap jawab ye.

p/s - Memang betul harga tamok di pasar RM18 sekilo.. siakap baru RM14-15 sekilo.. kawan da pernah beli tamok kat pasar kip mart tampoi.. esemen, mmg sedap la isi dia.. masak paling simple je, panaskan kuali leper, bubuh minyak sket aje, pastu tamok yg telah siap di siang dilumur garam secukup rasa kemudian di panggang atas kuali leper yg minyak nya telahpun dipanaskan.. balik² kan ikan tersebut.. sementara nak tunggu ikan tu betul² masak, siapkan la pencecah nya.. air asam ataupun lada kicap.. phehhhhh.. memang mabeles la bro.. bila kwn tau isi tamok ni sedap, trus kwn beli set ultra ringan selai.. tapi tataw bila la dpt beraksi dgn sifoo² tamok anglers..



_________________
MANCING AJE LAH, APA SUSAH2 (kdt 2 denan)

Mencari Ketenangan, Melihat Keindahan CiptaanNya dan Melarikan Diri Seketika Dari Masalah Duniawi...JOM MANCING
Offline
 Profile Send private message  
 
 Post subject: Re: Pancingan Tamok – Teknikal Dan Tektikalnya.
PostPosted: 21 May 2010, 11:26 
Haruan
Haruan
User avatar

Joined: 20 May 2010, 10:59
Posts: 85
Location: jay bee
PAKSI wrote:
munir_z wrote:
best2 ni....

bila nk ajokan?????


bro munir,

terus ke pejabat mereka di tanjung puteri.. b43


tg puteri tu bila air yang sesuai untuk menamuk. 2 minggu lepas 8 May kawan ade g tambak (tambak ngan tg puteri tu berjiran je). kawan tengok sifoo satar main hijau je kat longkang setelah beliau kecewa di bawah paip b20 dan si rajah hanya bagi ceramah pree je hingga kering air liur dia bercakap. masa tu kawan rasa air kecik pasal air jalan naik lewat petang 4 onward, kawan x leh tunggu lagi pasal KDN dah kol (permit dah abis) b43 hehehe yang boleh tunggu hanya penunggu tempat tu je (sifoo).

Pagi esok (22 May) kawan kat tg puteri pulak. Jom lah serbu (target species : Tamok)



_________________
Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..
Offline
 Profile Send private message  
 
 Post subject: Re: Pancingan Tamok – Teknikal Dan Tektikalnya.
PostPosted: 21 May 2010, 13:08 
Gerepoh
Gerepoh

Joined: 09 May 2010, 15:36
Posts: 1932
Location: Bangkok-Hatyai-KL-Senggarang-JB-Pasir Gudang
Alzumin wrote:
Soalan bonus utk Tetuan Mohdaa :

Saya telah memiliki set ultra ringan ini dan mengandingkan set ini dgn sebuah kekili daiwa zaman batu bersama mainline mono berkekuatan 8lb. Soalan saya adalah,
1. Dari mainline 8lb seterusnya ke pelampung torpedo dan ke pemberat seterusnya ke mata kail, memang takde perambut digunakan ke?
2. Ideal tak sekiranya saya menggunakan batu kepit bulat sebagai pemberat?

Sekian soalan saya. Harap jawab ye.

p/s - Memang betul harga tamok di pasar RM18 sekilo.. siakap baru RM14-15 sekilo.. kawan da pernah beli tamok kat pasar kip mart tampoi.. esemen, mmg sedap la isi dia.. masak paling simple je, panaskan kuali leper, bubuh minyak sket aje, pastu tamok yg telah siap di siang dilumur garam secukup rasa kemudian di panggang atas kuali leper yg minyak nya telahpun dipanaskan.. balik² kan ikan tersebut.. sementara nak tunggu ikan tu betul² masak, siapkan la pencecah nya.. air asam ataupun lada kicap.. phehhhhh.. memang mabeles la bro.. bila kwn tau isi tamok ni sedap, trus kwn beli set ultra ringan selai.. tapi tataw bila la dpt beraksi dgn sifoo² tamok anglers..


1. ya, memang takda perambut digunakan atas alasan lebih ekstrim spesis tamok lebih sensetif dengan perambut, walaupun ada jugak rekod didaratkan menggunakan perambut tetapi tidak sehebat ikatan tunggal mainline terus ke matakail.
2. Batu pemberat saiz apa pun ok, yg penting ia seimbang dengan pelampung yg digunakan, 2/3 pelampung disarankan tenggelam. p/s - Kawasan persisiran Batu Layar (air besar) memang paling byk Tamok berkeliaran dan anda perlu beremdam kaki paras peha untuk memancing spesis ini, klau jalan2 ke Batu Layar, try lerr... b16


Offline
 Profile Send private message  
 
 Post subject: Re: Pancingan Tamok – Teknikal Dan Tektikalnya.
PostPosted: 21 May 2010, 13:17 
Toman
Toman
User avatar

Joined: 13 May 2010, 23:24
Posts: 641
Location: air tawar 4......
batu layar???? kt mane tu??????????????????



_________________
Image

......PELAN - PELAN KARAU......
Offline
 Profile Send private message  
 
 Post subject: Re: Pancingan Tamok – Teknikal Dan Tektikalnya.
PostPosted: 21 May 2010, 15:02 
Haruan
Haruan
User avatar

Joined: 20 May 2010, 10:59
Posts: 85
Location: jay bee
mohdaa wrote:
Alzumin wrote:
Soalan bonus utk Tetuan Mohdaa :

Saya telah memiliki set ultra ringan ini dan mengandingkan set ini dgn sebuah kekili daiwa zaman batu bersama mainline mono berkekuatan 8lb. Soalan saya adalah,
1. Dari mainline 8lb seterusnya ke pelampung torpedo dan ke pemberat seterusnya ke mata kail, memang takde perambut digunakan ke?
2. Ideal tak sekiranya saya menggunakan batu kepit bulat sebagai pemberat?

Sekian soalan saya. Harap jawab ye.

p/s - Memang betul harga tamok di pasar RM18 sekilo.. siakap baru RM14-15 sekilo.. kawan da pernah beli tamok kat pasar kip mart tampoi.. esemen, mmg sedap la isi dia.. masak paling simple je, panaskan kuali leper, bubuh minyak sket aje, pastu tamok yg telah siap di siang dilumur garam secukup rasa kemudian di panggang atas kuali leper yg minyak nya telahpun dipanaskan.. balik² kan ikan tersebut.. sementara nak tunggu ikan tu betul² masak, siapkan la pencecah nya.. air asam ataupun lada kicap.. phehhhhh.. memang mabeles la bro.. bila kwn tau isi tamok ni sedap, trus kwn beli set ultra ringan selai.. tapi tataw bila la dpt beraksi dgn sifoo² tamok anglers..


1. ya, memang takda perambut digunakan atas alasan lebih ekstrim spesis tamok lebih sensetif dengan perambut, walaupun ada jugak rekod didaratkan menggunakan perambut tetapi tidak sehebat ikatan tunggal mainline terus ke matakail.
2. Batu pemberat saiz apa pun ok, yg penting ia seimbang dengan pelampung yg digunakan, 2/3 pelampung disarankan tenggelam. p/s - Kawasan persisiran Batu Layar (air besar) memang paling byk Tamok berkeliaran dan anda perlu beremdam kaki paras peha untuk memancing spesis ini, klau jalan2 ke Batu Layar, try lerr... b16



betul minggu lepas kawan kat batu layar, lepak kat batu besar tu je pas tu tunggu je dia datang tapi kene modal roti dulu lah. mula² angkat todak dulu bila coleman 5ltr tu dah penuh dgn todak barulah tamok datang!!!

mmg best bulan depan kawan pergi lagi hehehe chalet pun dah booked. hehehe



_________________
Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..
Offline
 Profile Send private message  
 
Display posts from previous:  Sort by  
 Page 1 of 6 [ 120 posts ]  Go to page 1, 2, 3, 4, 5, 6  Next

All times are UTC + 8 hours


Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum

Search for:

cron